Sinopsis Filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie

Thursday, February 18, 2010

Sinopsis Filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie

Lu Pikirlah Sendiri de Movie Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Puteri Sarah Liyana (Natasya) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri dan keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya.

Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan. Apakah kesudahan mereka? Siapakah dahulu yang melafazkan kata cinta? Siapakah Kumpulan Meet Uncle Hussain di dalam cerita ini? Apakah kelainan pada watak-watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amy Search, Vanida Imran, Faizal Tahir, Mila AF5,Aziz M. Osman, Natasha AF4, Zizan (Raja Lawak 1) dan lain-lain yang turut terlibat di dalam filem ini? Untuk mengetahui selanjutnya, nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran anda...

English
Lu Pikirlah Sendiri de Movie is a comedy movie that takes us to the world of chasing dreams, careers and loves. Starring Nabil Raja Lawak and Puteri Sarah Liyana (Natasya) where both are totally different in every aspect of their live. Both have a different view about what lives are as one of them is a university student where the other one who had to work and take care of the family. Although is impossible for them to be together, but fate determines everything.

They have already started quarrel and fighting ever since their first met. Their feeling toward each other is not expressed causing a huge misunderstanding along the way. What happened at the end? Who expressed the love first? Who is Meet Uncle Hussain in this story? The story also features Amy Search, Vanida Imran, Faizal, Mila AF5, Aziz M. Osman, Natasha AF4, Zizan (Raja Lawak 1) and many more.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI