Gambar-Gambar Filem Muzika KRU

Monday, February 15, 2010






Filem Magika adalah filem ala Narnia mengisahkan dua beradik, seorang lelaki yang bijak dan kakaknya (lakonan Diana Danielle) telah tersesat dalam hutan belantara. Di situlah mereka termasuk dalam dunia Magica dan bertemu dengan pelbagai karektor popular dalam cerita dongeng dan mitos Melayu.

Antara Badang (versi kacak, lakonan Mawi), Bawang Putih dan Bawang Merah (Sharifah Amani dan Aleya), Puteri Gunung Ledang (versi gemuk lakonan Ning Baizura), nenek kebayan (versi meletup lakonan Ziana Zain) dan bermacam-macam lagi watak lakonan cameo ramai superstar Malaysia.

Sumber itu berkata, filem untuk sasaran kanak-kanak, remaja dan sesisi keluarga ini sungguh menghiburkan, berkualiti dan unik. Mendengar sinopsis dan watak-watak itu saja sudah membuatkan berasa teruja nak tengok.

Trailer Filem Muzika boleh ditonton di sini http://www.flixya.com/video/2618844/Magika_Trailer_KRU_Studios

Kredit: Murai

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI