Biodata Aznil Nawawi

Friday, February 19, 2010

Biodata Aznil Nawawi


Sentiasa berfikiran positif dan mencabar kebolehan diri sendiri menjadi resipi utama yang membawa Pengacara Nombor 1 Asia, Aznil Nawawi ke puncak kerjayanya hari ini.

# Mesra dengan panggilan Pak Nil, bukan saja ikon dalam dunia hiburan tanah air, namun anak jati Kuala Lumpur itu turut disegani kerana sikapnya yang merendah diri dan menghormati orang lain.
# Penyampai stesen radio ERA ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya (1981 hingga 1984) amat bersyukur dengan pencapaiannya dalam bidang ini, walaupun menceburi dunia seni itu secara tidak sengaja.

# Rancangan kelolaannya, Macam Macam Aznil menjadi Rancangan Bual Bicara Terbaik di ASK dan Anugerah Skrin untuk tiga tahun berturut-turut (bermula 2006)

# Kemuncak pencapaian sepanjang pembabitan dalam bidang seni ialah apabila namanya tersenarai sebagai Pengacara Hiburan TV Pilihan Juri di Anugerah Televisyen Asia pada 2008.

# Selain bergelar pengacara TV Astro dan penyampai radio ERA, duda dua orang anak ini turut bergelar pelakon filem, penyanyi dan Perunding Kreatif Astro.

# Nama anaknya, Fidza Haifa (20 tahun), Fariq Haizen (15 tahun)

# Antara program yang pernah dikendalikannya seperti Buletin Utama, Pop Kuiz, Melodi, Teleskop, Kamera Apo?, Akademi Fantasia, Tom Tom Bak, Kring-Kring dan Jangan Lupa Lirik.

# Mengendalikan segmen Riuh Pagi Di Era bersama Din Beramboi di stesen radio ERA.

3 Komen:

casanova said...

pak nil the number 1 host:)

Anonymous said...

pak nil saya suka awak masa kat tom tom bak sebab kelakar kalau saya dapat pergi sana mesti seronok kan pak nil


yang tulis-
ibu mia sarah nasuha
yang membaca
pak nil
sayang pak nil

Anonymous said...

paknil memang the best in the world
go aznil dont give up............
we love u

Post a Comment

 

ZONFINITI