Linda Onn Ke Suria FM

Wednesday, January 13, 2010



Teka-teki selepas Linda Onn mengesahkan tidak menyambung kontrak dengan rangkaian radio Airtime Management & Programming (AMP), hari ini terjawab apabila dia diumumkan sebagai salah seorang penyampai baru di stesen radio yang sedang meningkat naik, Suria FM.

Linda tekad untuk membuat penghijrahan setelah 11 tahun berada di rangkaian stesen radio yang popular itu.

"Sudah terlalu lama saya di situ, memang ada perasaan sayang sebab kami dah macam satu keluarga. Tapi sudah sampai masanya untuk sayangkan diri sendiri.

"Susah untuk keluar dari stesen lama sebab saya datang ke Kuala Lumpur adalah untuk AMP Radio dan saya ambil keputusan untuk keluar ini sebagai satu cabaran agar saya lebih kuat.

"Saya ambil masa sebulan untuk fikir perkara ini sehingga 31 Disember lalu dan buat keputusan untuk ambil peluang ini," kata Linda yang menganggap tawaran dibuat oleh Suria FM tepat pada masanya di kala dia sedang mencari-cari angin baru.

Linda bakal ke udara pada 18 Januari ini pada pukul 4 petang hingga 8 malam dalam program Suria Drive.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI