Pantun Teka-Teki Dan Jawapan

Saturday, December 05, 2009

Pantun Teka-Teki Dan Jawapan

Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?

Jawapan: Mancis

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Jawapan: Baju Hujan

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Hati

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Jawapan: Buah Melaka

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

Jawapan: Bintang

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Jawapan: Kasut Bertali

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan: Ular Dan Katak

Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Jawapan: Belon

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.

Jawapan : Payung

Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

Jawapan: Mayat

Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

Jawapan: Anai-anai/Semut

33 Komen:

Anonymous said...

bagus nya pantun ini... saya amat menyukainya...

Anonymous said...

wah...bagus jugak nah pantun ni..saya suka pantun ni.

Annissa...

Anonymous said...

tiada cerita sekx ka

Anonymous said...

best giler pantun nie.... Mantap!!!!

maizatul asikin said...

bgus jgk pntun ni,,,aq suke glerr pntun ni...=)

Anonymous said...

i like <3

Anonymous said...

so good....

Anonymous said...

terbaik !!!

Anonymous said...

terbaik!!!!macam boboiboy!!!!!
dari adam

Anonymous said...

macammana korang bes ke
ini pemain bolo messi
aku bes saje

sofea said...

wah bes la teka teki ni.... i like it!!!!!!!

Anonymous said...

best, i live it...

khalisah said...

best glerrr lh pantun nieee best sngat2.....
i like ittt....

Anonymous said...

I Loved It ... <3 ... Muahhhh .. Bezt gleyyyy .... :D

Anonymous said...

betul betul betul!i like it aha.....aha....:)

Anonymous said...

rakan-rakanku tak boleh jawab......hahaha i luv it

Anonymous said...

i suka tau dengan pantun ni! nanti kalau buka sekolah ni saya bagi tau kat kawan saya hehehehe!!!!!

Anonymous said...

saye suker semue pntun di dlam ni...sbab semua bgos3..

Anonymous said...

tanpa nama berkata.....

saye suka pantun ini kerana semua sok2

Anonymous said...

jernih peercik air perigi,segar kuntuman sesejuk salju,lamunan terhenti mengetuk mimpi, terbuai belayan lena beradu . jawapan nya apa ? hehe

Anonymous said...

best !=)

Anonymous said...

ooooo..

artikelpenjas on 24 August 2011 at 00:34 said...

wow templktenya menarik...
salam kenalll...
boleh di beli...

suaraterbaru on 24 August 2011 at 00:39 said...

dua tiga ibu bapak..
terima kasih banyak...

solusipertama on 24 August 2011 at 00:43 said...

menarikkkk............

Anonymous said...

bosan la

HAZIDD said...

SAYA SUKE PANTUN2 NI

ezati said...

wow that so amazing

amera said...

pantun ni bezz juga kn bleh tunjuk kt fwenzz

Anonymous said...

burung merpati burung dara
burung terbang di atas awan
cobalah tebak wahai saudara
apa yang di isi makin ringan?

JAWAPAN:BALON

Anonymous said...

beast lah!!!!! pantun ni dan seram dan aa yg ok lah

Unknown on 17 February 2015 at 08:48 said...

bila diatur,
tak pandai undur,
takut ditegur,
terus terhambur.

Unknown on 17 February 2015 at 08:50 said...

bila diatur,
tak pandai undur,
takut ditegur,
terus terhambur.

Post a Comment

 

ZONFINITI