Kumpulan Ahli Fiqir

Tuesday, December 15, 2009


Info Kumpulan Ahli Fiqir
Bermulanya di Singapura, Ahli Fiqir bergiat aktif dalam arena muzik hiphop sejak tahun 2002 lagi. Kumpulan tiga orang vokalis terdiri dari ahlifiqir, tukangkata dan mawar berduri. Ahli Fiqir ingin memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan memartabatkan bahasa ibunda mereka agar ianya tidak luput dek zaman dengan cara menggabungkan seni bahasa melayu mereka ini dengan iringan muzik masakini. Petikan senikata dari salah satu lagu mereka mengambarkan misi utama mereka…. kita kendung yang kiri, kita apit yang kanan.

Mereka ingin menerapkan sekaligus memelihara kesenian bahasa melayu klasik dan moden dan juga ciri-ciri muzik tradisional dalam lagu-lagu mereka.

Sejak 2002, dimana mereka mula muncul, Ahli Fiqir kini sudah mula mencipta nama di persada muzik Singapura bukan saja di kalangan peminat hiphop tetapi juga pendengar muzik setempat dan acapkali diundang membuat persembahan termasuk dalam beberapa rancangan TV di Singapura. Beberapa buah lagu dari koleksi demo mereka juga sering diputarkan di stesen radio Singapura dan mendapat perhatian pendengar.

Pada tahun 2003 Ahli Fiqir (selepas menemui pengurusan mereka di Kuala Lumpur) mula bergerak secara aktif di Malaysia dan semakin menonjol nama mereka di seberang dengan undangan dalam beberapa projek muzik bersama kumpulan hiphop Malaysia seperti Too Phat, Teh Tarik Crew, lagu Mc Vandal dari Canada, iaitu KLX (KL Part 2) dan V.E.

Di awal tahun 2004, dj cza dari Medan, Indonesia menjadi dj undangan dan seterusnya berjuang bersama Ahli Fiqir untuk melahirkan sebuah album. Rakaman album Ahli Fiqir dilakukan di Kuala Lumpur dan merupakan satu projek nusantara yang amat unik dengan gabungan bakat Singapura, Indonesia dan Malaysia. Kini, lagu perkenalan mereka telah mula berkumandang di stesen radio di seluruh nusantara.

----------

A four-piece hip-hop outfit from Malaysia, Ahli Fiqir (Dayat, Daly, Samsol the Tukangkata, and DJ Cza) chose to set themselves apart from their genre mates by rapping in Malay as opposed to English on both of their albums. Their first album, Hari Ini Dalam Sejarah (or, in English, "Today in History") was released in 2005, and was followed two years later by their second album, Rap Untuk Rakyat ("Rap for the Masses"). In year 2009, Ahli Fiqir come out their third studio album called irama Berima. The first single called Fiqir Fiqir. There has one song featuring with Yasin called Fantasi.

The band won several awards for their debut, including Best New Artist (at the Anugerah Planet Musik Awards in 2006.)

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI