Robert Pattinson anggap watak pontianak 'karut'

Monday, November 30, 2009

Aktor Robert Pattinson mulanya menganggap wataknya dalam filem pontianak 'Twilight' sebagai 'mengarut' ketika kali pertama membaca buku kisah itu.

Pelakon itu yang memegang watak pontianak, Edward Cullen dalam siri filem berdasarkan novel tulisan Stephenie Meyer, mengakui agak sukar mendalami watak Edward secara serius ketika menyelidik peranan bakal dilakonkannya.

Katanya: “Saya membaca buku pertama dan mendapati ia agak bagus. Namun keterangan watak saya dari muka surat pertama, tidak masuk akal. Contohnya, skrip menyatakan ‘beliau masuk bilik dan kecantikannya amat menyakitkan.’

Pattinson kini boleh disaksikan dalam filem baru The Twilight Saga: New Moon bersama bintang gandingannya Taylor Lautner dan Kristen Stewart - tidak berpuas hati apabila melihat dirinya dalam dua filem itu.

Beliau menambah dalam majalah In Touch: “Saya melihat filem itu dua kali namun ia tidak menarik perhatian saya.”

Walaupun Pattinson sudah tentu akan membintangi sekuel ketiga filem pontianak itu, The Twilight Saga: Eclipse, beliau merancang menjadi seorang bintang pop sebaik saja selesai komitmennya dalam siri itu.

Beliau mendedahkan: “Saya akan merakamkan beberapa lagu sebaik saja selesai mempromosi filem baru, namun sebelum itu saya tidak akan melakukan apa-apa.

“Saya tidak mahu mengeluarkan album mempunyai pelekat di atasnya berbunyi - ‘Oleh pontianak Twilight’.” - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI