www.crazyartlady.com

Monday, October 05, 2009

Seorang ahli seni, Sara Burden memutuskan untuk menjual 40,000 barang miliknya pada harga cuma £1 (RM5.50) setiap satu, lapor sebuah akhbar semalam.

Barangan seperti beberapa lukisan berharga, barang kemas neneknya dan sebuah kereta milik Sara hasil kemenangannya akan dijual melalui projek yang dinamakan Everything And Nothing.

Sara yang memiliki seorang anak lelaki berusia empat tahun berkata, dia berbuat demikian bagi tujuan seni iaitu untuk merasai pengalaman kehilangan harta benda.

"Saya perlu terus menjadi kreatif. Saya melakukan projek ini bukan kerana wang. Jika sebaliknya, saya tentunya meletakkan harga tinggi ke atas semua barangan itu," katanya.

Pembeli berpotensi boleh mendaftar dengan melayari laman web Sara iaitu www.crazyartlady.com. Projek itu akan berakhir pada 31 Disember depan. - Agensi

5 Oktober 2009

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI