9 pasangan Sehati Berdansa 3

Wednesday, October 14, 2009

9 pasangan selebriti Sehati Berdansa Musim ke-3



Sembilan pasangan suami isteri selebriti akhirnya dipilih untuk menyertai musim baru program realiti berbentuk tarian, Sehati Berdansa 3 dan mereka adalah pelakon Anita Baharom dan suaminya, Mohamad Ismadi; pelakon Didie Alias dan Nor Isham; pelakon Dira Abu Zahar dan Ash; pelakon Enot dan Zainul Abidin; penyanyi Isma AF dan Zulkefli Majid; bekas pemain hoki kebangsaan Mirnawan Nawawi dan Noorah Mokhsin; penyanyi kumpulan Lips, Oshin dan Mohd Firdaus; pengacara dan pelakon, Sazzy Falak dan Nazril Idrus; serta penyanyi Syed Hussein (Sein Ruffedge) dan Noor Diyana.

Kesemua pasangan selebriti ini akan dibimbing oleh koreografer masing-masing yang terpilih pada musim ini iaitu Bayu yang akan membentuk persembahan untuk pasangan Sein, Emma (Anita), BB (Didie), Ezrey (Dira), Anuar (Enot), Markyong (Isma), Dayana (Mirnawan), Lilly (Oshin) dan Papa J (Sazzy).

Sembilan pasangan selebriti ini telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan persembahan terbaik pada setiap minggu di atas nama badan-badan kebajikan yang terpilih.

Pasangan yang tersingkir pada setiap minggu akan menyumbangkan wang tunai terkumpul kepada badan-badan kebajikan masing-masing yang mereka wakili. Jumlah wang akan meningkat selagi pasangan itu masih kekal di dalam pertandingan tersebut.

Badan-badan kebajikan yang terlibat bagi musim ini ialah Persatuan SLE Malaysia (Anita), Persatuan Epilepsi Malaysia (Didie), Persatuan Thalassemia Malaysia (Dira), Yayasan Paru-Paru Malaysia (Enot), Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (Isma), Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan (Mirnawan), Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (Oshin), Persatuan Parkinson Malaysia (Sazzy) dan Persatuan Albinisma Kuala Lumpur dan Selangor (Sein).

Awal, Scha dan Fahrin Ahmad akan menerajui program popular ini sebagai hos.

Sumber: Mstar

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI