10 lelaki paling bergaya di AS

Monday, October 05, 2009

10 lelaki paling bergaya di AS

Gambaran lelaki sempurna oleh majalah jejaka GQ

MENDUDUKI senarai kelas A selebriti Hollywood umpama tiket 'menawan' dunia termasuk dalam soal bergaya. Imej ranggi, klasikal mahupun punk yang digayakan mencetus fenomena dan ikutan peminat.

Aura dan personaliti diri membentuk kecenderungan dalam berfesyen. Tampil dalam edisi istimewa, majalah jejaka terkemuka, GQ dalam keluarannya baru-baru ini menghimpunkan 10 personaliti lelaki yang mengikut firasat gedung media itu, merangkumi kumpulan lelaki stylish yang memberi impak hebat dalam bergaya.

Mari kita lihat siapa mereka...

1. Justin Timberlake - pemuzik

SIAPA tidak kenal jejaka ini? Siapa sangka Justin yang memiliki rangkaian jenama pakaian sendiri, William Rast mampu menjadi ikon fesyen. Lihat saja kombinasi yang digayakan... Sungguh edgy dan trendy!

2. Mark Ronson - penyampai radio dan penerbit

MENGGAYAKAN tali leher halus berserta sut kecil, Mark mengembalikan era Motown dan 1960-an.

3. Alexi Lubomirski - jurugambar

LAHIR di England dan membesar di Perancis dan Botswana. Alexi mengakui beliau banyak mempelajari fesyen daripada individu lebih berusia seperti Paul Newman... Hebat!

4. André Balazs - pemilik hotel

Renungkan gaya yang ditampilkan Andre - terserlah aura kejujuran, autentik dan keselesaan! Keselesaan umpama suatu kebahagiaan... Siapa tidak mahukan kebahagiaan?” kata Andre.

5. Kanye West - pemuzik pop

Mengakui tidak sukakan gaya bagai dipaksa-paksa, jejaka ini gemar menentukan gaya mengikut pilihannya sendiri... Itulah gaya semula jadi!

6. Sid Mashburn (bersama kakitangan) - penjual pakaian lelaki, Southern Gentleman

FALSAFAH dirinya - gaya yang baik harus arif bagaimana mengikat tali leher, memilih gaya yang tepat mengikut acara dan selesa dengan apa yang dipilih... Anda mahu mencuba?

7. T.I - juruacara kelas dunia

GAYA bersahaja dengan jaket, denim dan elemen hip hop. Ada satu lagi gaya trademark dari T.I iaitu topi tiga segi yang dibiarkan senget ke tepi.

8. Glenn O’Brien - GQ’s style guy

“Bagaimana mahu kekal bergaya? Saya sentiasa percaya dengan pakaian sama. Saya juga memiliki tali leher yang lebih tua usianya daripada isteri saya. Gaya umpama mencurahkan personaliti kita,” kata Glenn.

9. Jason Schwartzman - pelakon, rocker indie

Tidak mahu terikat dengan gaya konvensional, Jason suka mempelbagaikan gaya biarpun memakai sut. Baginya, sesuatu gaya itu harus disesuaikan dan tidak semestinya sempurna.

10. Ed Ruscha dan anak Eddie - Pelukis, L.A Icon

“Gaya saya diterjemahkan oleh santai dan malas. (ketawa). Ia berkisarkan apa yang kita buat dalam hidup. Saya masih menyimpan sepasang jeans Levi’s 501,” kata Ed Ruscha.

Oleh Fairuz Zaidan

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI