Patrick Swayze meninggal dunia

Tuesday, September 15, 2009


Aktor Hollywood Patrick Swayze, 57, meninggal dunia hari ini selepas bertarung dengan penyakit kanser sejak tahun lepas.

Beliau merupakan seorang aktor, penari dan penulis lagu.

Swayze didiagnosis mengalami kanser pankreas pada bulan Januari 2008.

Menurut laporan beliau meninggal dunia di sisi keluarganya.

Beliau dilahirkan di Houston pada tahun 1952, anak sulung kepada Jesse Swayze dan koreografer Patsy Swayze.

Swayze berkahwin dengan Lisa Neimi sejak dari tahun 1975. Perkahwinan mereka kekal hingga ke hari ini.



Mereka telah berkenalan sejak Patrick berusia 19 tahun dan Lisa ketika itu baru berusia 15 tahun.

Selain seorang penari yang hebat Lisa juga memiliki lesen sebagai juruterbang

Pada bulan Februari lepas, Swayze menulis di akhbar Washington Post bertajuk "Saya sedang bertarung dengan Kanser. Ada sesiapa boleh bantu, Kongres?"

Tujuan beliau menulis artikel itu ialah untuk menggesa para perwakilan di kongres supaya meningkatkan bantuan kesihatan kepada pesakit kanser.

Patrick Swayze terkenal dengan filem seperti 'Ghost', 'Dirty Dancing', dan 'Road House'.

Filem 'Ghost' merupakan filem terhebat lakonannya. Ia turut dibintanginya oleh aktres Demi Moore dan Whoopi Goldberg.

Oleh kerana filem 'Ghost' sangat popular pada awal tahun 90an, lagu-lagu hip hop masa kini sering menyelitkan lirik 'I'm Syawze' yang membawa maksud 'Saya adalah hantu' ataupun lebih tepat lagi 'Saya sudah mati'.

Pada tahun 1991 beliau digelar sebagai 'Lelaki Paling Seksi di Dunia' oleh Majalah People.

Selebriti lain turut bersedih dengan kehilangan seorang lagi lagenda Hollywood.

Demi Moore

"Patrik disayangi oleh semua orang, dia akan tetap dikenang sampai bila-bila pun"

Whoopi Goldberg

"Patrick merupakan seorang yang baik dan saya banyak terhutang budi kepadanya.

"Kadangkala saya teringat sewaktu kami masih kecil, dia memeluk dan menari bersama-sama saya.

"Sewaktu saya menang anugerah Oskar, dialah orang pertama yang saya ingat"

Larry King


"Dia seorang insan yang hebat dalam apa jua bidang yang diceburinya.

"Patrick mempunyai semangat yang luarbiasa semasa bertarung dengan penyakit kanser"

Larry akan membuat satu rancangan khas dalam 'Larry King Live' sempena menghormati kematian Patrick Swayze.

Sumber: http://mstar.com.my/

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI