Pasangan filem 'Twilight' bercinta

Wednesday, August 26, 2009

Pelakon filem Twilight Robert Pattinson dan Kristen Stewart kini sedang hangat bercinta.

Sebelum ini kedua pasangan tersebut sering menafikan hubungan mereka sejak filem lakonan mereka ditayangkan tahun lepas.

Bagaimanapun baru-baru ini mereka dilihat sedang berkucupan di sebuah konsert Kings of Leon.

Mereka kini dilaporkan tinggal bersama di sebuah hotel dan bercadang untuk berpindah ke sebuah rumah selepas selesai membuat penggambaran untuk filem Twilight ketiga, 'Eclipse'.


Menurut kawan rapat kepada kedua pasangan tersebut, Gordon Rael, mereka berdua adalah pasangan yang sangat serasi.

Sumber:Mstar

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI