Filem The Proposal Sandra Bullock

Tuesday, June 23, 2009

Peminat filem di Amerika Syarikat memberi sambutan hebat kepada filem komedi romantik, The Proposal, lakonan Sandra Bullock dan Ryan Reynolds apabila ia menduduki senarai nombor satu tayangan hujung minggu selepas memperoleh kutipan pembukaan AS$34.1 juta (RM122.76 juta).

The Proposal mengambil alih kedudukan satu lagi filem komedi Warner Bros The Hangover yang jatuh di tempat kedua selepas memperoleh kutipan pembukaan AS$26.9 juta (RM61.2 juta) dan mendapat kutipan keseluruhan AS$152.9 juta (RM550.6 juta).

Bullock melakonkan watak seorang eksekutif penerbitan bersikap kejam apabila memaksa pembantunya lakonan Reynolds untuk melangsungkan 'perkahwinan palsu' bagi mengelak dihantar pulang ke negara asalnya, Kanada.

"Saya rasa pasaran perfileman kini bersedia untuk menerima filem yang benar-benar lucu, romantik dan menghiburkan," kata presiden Disney, Mark Zoradi.

Filem animasi pengembaraan, Up, keluaran Disney menduduki tempat ketiga selepas memungut AS$21.3 juta (RM76.68 juta) dan memperoleh kutipan keseluruhan AS$224.1 juta (RM806.76 juta), menjadikannya filem kedua memperoleh pendapatan keseluruhan melebihi AS$200 juta (RM720 juta) pada 2009 selepas Star Trek.

Satu lagi filem komedi kisah pra sejarah, Year One, lakonan Jack Black dan Michael Cera di tempat keempat selepas memperoleh kutipan AS$20.2 juta (RM72.7 juta). - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI