Tiara Jacquelina Pengetua AF7

Tuesday, March 10, 2009

Program realiti popular Akademi Fantasia (AF) mendapat pengetua wanita pertama apabila Datin Seri Tiara Jacquelina diberi tanggungjawab itu untuk musim ke-7 program itu yang bermula malam tadi.

Ini sekali gus mengesahkan ramalan Kosmo! baru-baru ini yang melaporkan pelakon itu disebut-sebut sebagai pengetua AF7.

Pengetua-pengetua AF sebelum ini ialah Freddie Fernandez untuk AF musim pertama, Ramli M.S (AF2 dan AF6), M. Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4) dan Roslan Aziz (AF5).

Pemilihan itu telah diumumkan menerusi program Diari AF7 episod pertama malam tadi di saluran Astro Ria.

Pemilihan Tiara menjawab desas-desus beberapa nama seperti Norman Abdul Halim, Anita Sarawak, Ramli MS, Aznil Nawawi, Farihin Abd. Fatah, Datuk Ahmad Nawab serta Datuk Sheila Majid yang dikatakan bakal menduduki struktur tertinggi organisasi AF itu.

Beliau akan bergabung tenaga dengan barisan pengajar termasuk A. Aris A. Kadir (Guru Koreografi), Ida Nerina (Guru Seni Persembahan dan Lakonan), Hashridz Murshim Hassim atau Acis (Pengarah Muzik), Siti Hajar Ismail (Guru Vokal Teknikal), Syafizawati Sharif (Guru Persembahan Vokal) dan Fatimah Abu Bakar (Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris).

Senarai pelajar AF7 pula telah diumumkan menerusi program Tirai Akademi Fantasia 7, malam Ahad lalu.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI