Bapa Siti Nurhaliza meninggal dunia

Sunday, February 15, 2009

Bapa kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Taruddin Ismail meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini pada pukul 10.45 pagi ini akibat serangan jantung.

Beliau berusia 67 tahun.

Bekas pesara polis itu dimasukkan ke hospital tersebut sejak tiga hari lalu selepas rebah di kediamannya di Kuala Lipis.

Jumaat lalu beliau menjalani pembedahan pintasan koronari.

- Utusan

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI