Kate Winslet selesa berbogel

Tuesday, December 30, 2008

Pelakon Britain, Kate Winslet, mempertahankan keputusannya untuk muncul dalam keadaan bogel dalam beberapa filem lakonannya sambil bertegas bahawa tindakan itu tidak bermakna beliau seolah-olah seorang pelakon filem lucah.

Pelakon berusia 33 tahun itu yang berkahwin dengan pengarah filem Revolutionary Road, Sam Mendes, berkata suaminya tidak melarang beliau berbogel kerana ia mampu menjadi 'tarikan' kepada filem berkenaan.

"Sudah tentu Sam tidak cemburu. Saya bukan pelakon filem lucah. Saya hanya berlakon dan saya tidak melakukan hubungan seks dengan orang lain untuk kerjaya filem saya. Sam tidak cemburu langsung, tidak sedikit pun, ia cuma perkara remeh bagi kami," katanya.

Beliau juga berpendapat, adegan bogel yang dilakonkan beliau dalam filemnya adalah sebahagian daripada watak yang selari dengan kehendak dan jalan cerita.

"Saya akan melakonkannya jika memang itu yang dikehendaki dalam cerita filem dan jika ia mampu menjadi tarikan kepada penonton untuk datang menyaksikan lakonan saya," katanya.

Winslet sebelum ini mengakui beliau terpaksa berusaha 'meyakinkan diri' untuk melakonkan adegan bogel dalam drama mengisahkan kehidupan selepas perang berjudul The Reader.

Ia diadaptasi daripada novel The Reader tulisan seorang profesor undang-undang dan hakim Jerman, Bernhard Schlink yang diterbitkan pada 1995.

"Saya berasa amat sukar untuk mengatasi rasa kurang yakin pada peringkat awal bagi melakonkan adegan dalam drama ini. Untuk menghidupkan watak Hanna Schmitz dalam drama ini adalah suatu cabaran hebat dan tanggungjawab yang besar," katanya. � Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI