Cicak-Man kutip RM350,000 pada hari pertama tayangan

Monday, December 15, 2008

CICAKMAN 2: Planet Hitam yang berada di pawagam pada 11 Disember lalu berjaya mencatat kutipan RM 350,000 pada hari pertama tayangan. Filem berkenaan ditayangkan di 70 panggung di seluruh negara dan kata Norman, kutipan itu sudah cukup memuaskan memandangkan persaingan daripada filem lain terutama Hollywood.

Katanya lagi, kutipan berkenaan menunjukkan petanda yang baik berbanding Duyung yang sebelum ini hanya mampu mengutip sebanyak RM290,00 pada hari pertama tayangan.

“Kita mensasarkan Cicak-Man 2 akan mencatat satu juta penonton termasuk apabila ditayangkan di Indonesia dan Filipina kelak. Saya puas hati dengan kutipan sebanyak RM350,000 untuk hari pertama tayangan kerana kita bersaing dengan banyak filem luar yang hebat,” katanya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI