Erema nafi tohmahan suami, Seri Bayu

Sunday, November 23, 2008

“Saya tahu dia (Seri Bayu) cuba burukkan saya, tetapi terpulanglah kepada orang ramai untuk menilainya. Dalam situasi seperti ini pasti ramai yang menyalahkan saya... biarlah,” kata Erema yang menafikan pelbagai dakwaan dilemparkan suaminya.

Menurut Erema, walaupun sudah meminta cerai, dia tetap menjaga suaminya itu dengan baik.

“Saya meminta bantuan adik saya menjaganya ketika saya bekerja. Dia (Seri Bayu) keseorangan hanya beberapa hari kerana adik saya pulang ke Sarawak Isnin lalu.

“Sebelum keluar bekerja saya pastikan dia cukup segala-galanya. Saya sediakan makan minumnya, mandikannya...kemudian barulah saya dapat pergi kerja dengan perasaan yang tenang,” katanya yang masih tinggal bersama Seri Bayu.

Erema berkata, dia bukan ‘suka-suka’ mahu bekerja kerana dia mahu membantu suaminya dan keluarga di Sarawak, tetapi suaminya itu tidak memahami sehingga ‘mengharamkannya’ daripada bekerja.

“Saya ada kudrat dan bakat, mengapa perlu disia-siakan. Saya ada tanggungan, salahkah saya mencari rezeki untuk menampung kehidupan?

“Memang Abang Bayu ada sumber pendapatan menerusi royalti misalnya, tetapi ia tidak mencukupi,” katanya.

Menurut Erema, dia mengakui sudah tiada perasaan sayang kepada Sri Bayu dan dia tidak mahu berpura-pura.

“Apa yang berlaku ada hikmahnya. Semoga apa yang berlaku menginsafkannya dan saya harap dia menjadi seorang manusia yang lebih tabah.

“(Keputusan meminta cerai) bukan dibuat tanpa pertimbangan. Selain sudah tiada perasaan sayang, banyak rahsia yang saya ketahui (selepas berkahwin) mengenai Abang Bayu, tetapi saya tak nak cerita,” katanya.

Ditanya bagaimana perasaannya jika permohonan cerai dia dengan Seri Bayu berjaya, Erema berkata: “Alhamdulillah... saya nak akhiri segala-galanya dan mulakan hidup baru,” katanya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI