Album OK- Malique

Monday, October 13, 2008

ALBUM: Ok
ARTIS: Malique
GENRE: Hip Hop

Nama yang terlebih dulu mencipta populariti menerusi gabungan bersama Joe Flizzow membentuk duo Too Phat ini turut mencuba nasib menerusi penghasilan album solo pertamanya, Ok.

Seperkara yang cukup sulit buat Malique dalam penghasilan Ok pastinya mencari lagu yang mampu menyaingi kekuatan yang pernah dilakar ketika bersama Too Phat dulu.

Namun, sesuatu yang wajar dipuji mengenai Ok adalah keupayaan Malique menyatukan elemen artistik tetapi pada masa sama tidak meminggirkan aspek komersial.

Ia tidak mudah untuk dilakukan tetapi Malique berjaya membuktikan pengalaman mematangkannya mengenal pasti apa yang terbaik untuk diketengahkan dalam Ok.

Dihasilkan sepenuhnya bersama nama seperti D’Navigator, Zaf selain komposer tersohor, M Nasir yang bersatu dengannya dalam Mentera Beradu, Ok mengetengahkan nilai artistik yang tinggi untuk sebuah album hip hop Melayu.

Harus dipuji adalah kekuatan Malique dalam memilih seni kata yang cukup indah melatari Ok. Ciri yang meletakkan Ok dalam kelas yang sangat istimewa selepas sekian lama penggemar muzik tempatan disuakan dengan lirik ringan.

Jujurnya, Ok menggambarkan sepenuhnya kekuatan dan perjuangan Malique untuk menegakkan seni dengan menjadi dirinya sendiri. Itu yang akan ditemui dalam Ok.

~ Hip

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI