Album Koleksi Nasyid Puji-pujian – Pelbagai Artis

Monday, October 13, 2008

Lagu-lagu pilihan yang dimuatkan dalam album ini bukan sahaja lagu-lagu nasyid yang popular tetapi juga mampu menjadi santapan rohani para penggemar. Ia menghimpunkan nama-nama besar dalam industri ini umpamanya seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Al-Mizan, Nowseeheart dan Jay Jay.

Mengandungi 16 buah lagu-lagu nasyid pilihan, ia menggabungkan pelbagai irama nasyid tradisional dan kontemporari yang menjadi pilihan ramai.

Lagu Puji-Pujian dendangan Raihan bukan sahaja pernah mencipta fenomena malah albumnya mencacat jualan memberansangkan sehingga lebih 700,000 unit.

Lagu-lagu lain Raihan yang turut dimuatkan dalam album ini adalah Syukur, Thank You Allah dan Cahaya Selawat selain kolaborasi bersama Nowseeherat, Hijjaz, Brothers dan Amaluddin untuk lagu Ya Nabi Salamun Alaika.

Hijjaz pula mempersembahkan lagu-lagu Rasullulah, Sumayyah dan Rindu, Rabbani menyajikan lagu-lagu Muhammad Ya Habibi, Doa Pujian dan Rindu dan UNIC dengan lagu-lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dan Demi Cinta Suci.

Mirwana pula mempersembahkan lagu Aku Tanpa Cintamu, kolaborasi bersama penyanyi popular, Jay Jay dan In-Team, Al-Mizan serta Nowseeheart masing-masing dengan lagu Impian Kasih, Junjungan Mulia dan Damai.

Album: Koleksi nasyid puji-pujian – pelbagai artis

Edaran: warner music malaysia

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI